January 27, 2013

Homestay vs. Hotel (khususnya di kawasan Bertam)

Mari kita perhatikan perbandingan dia antara penginapan di homestay dan di hotel, khususnya di kawasan Bertam (mungkin ada sedikit perbezaan dan persamaan berbanding kawasan lain).


Harga: Kalau homestay, bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis rumah apartmen atau teres setingkat atau dua tingkat, kelengkapan yang ada dalam rumah tu, lokasi, dan sebagainya. Kalau rumah teres setingkat harganya dalam lingkungan RM150. Rumah teres dua tingkat dalam lingkungan RM200 - RM250. Di Bertam tiada rumah apartmen, jadi homestay jenis apartment pun tiada. Hotel pulak, kalau dibandingkan dengan saiz bilik, secara umumnya adalah lebih mahal berbanding homestay.

Kapasiti: Kalau hotel, mereka agak tegas dalam memastikan supaya bilangan penginap dalam satu bilik adalah tidak melebihi kapasiti yang ditetapkan. Kalau nak tambah boleh, tapi kena tambah tilam dan tambah bayaran. Selalunya setiap bilik cuma boleh muat dengan selesa kalau tambah lagi 2 orang je. Lebih dari tu dah tak selesa. Kalau homestay, lebih fleksibel, tambah ramai-ramai pun takde masalah selagi ada ruang nak tidur. Kadang-kadang ada juga disediakan tilam dan bantal tambahan tampa kos tambahan. Lebih ekonomikal kalau duduk beramai-ramai.

Lokasi: Jarak antara tempat penginapan dan tempat tujuan. Kalau nak pegi kenduri kawin atau melawat sanak saudara di kampung halaman, atau hantar anak-anak ke pusat pengajian, mungkin hotel jaraknya agak jauh sebab kebiasaannya ia berada di pusat-pusat bandar dan pekan. Tapi kalau homestay, mungkin ada terdapat di kawasan-kawasan taman perumahan yang lebih dekat dengan kawasan desa.

Kebiasaannya tiga keriteria di atas adalah yang paling utama dalam menentukan samada nak menginap di homestay atau di hotel. Kalau berseorangan atau dalam kumpulan kecil (2-3 orang) mungkin lebih ekonomikal untuk menginap di hotel. Tapi kalau berkeluarga, rombongan dan sebagainya, lebih ekonomikal dan juga praktikal untuk menginap di homestay.

Lain-lain: Fasiliti kat hotel kebanyakannya adalah lebih lengkap. Ada kolam renang, gym, spa, bilik mesyuarat, dewan konferens, ballroom, dan sebagainya. Tapi di Bertam takde kot hotel yang ada kolam renang dan gym. Di Bertam ada satu je hotel besar. Yang lain mungkin ada yang di lot-lot kedai dan pusat-pusat komersil.
Duduk di hotel pula agak melecehkan terutamanya kalau bawa banyak barang ataupun ramai anak-anak kecil, sebab kena naik turun lif, dan banyak kena jalan dari tempat letak kereta nak ke bilik. Kalau di homestay, kereta boleh parkir depan rumah je, tak payah penat jalan jauh-jauh usung barang atau dukung orang keluar masuk.
Lagi satu, kalau bawa basikal untuk menyertai aktiviti kayuhan, di hotel susah atau tak dibenarkan bawa basikal masuk ke dalam bilik. Tapi di homestay takde masalah, boleh bawa masuk simpan sebentar di dalam rumah, jadi lebih selamat. Boleh letak kat kawasan dapur. Nak basuh basikal kat luar pun senang.

Jadi, ianya bergantung kepada beberapa perkara bagi menilai yang mana lebih baik, homestay ataupun hotel. Hanya anda sendiri sebagai pengguna yang dapat menentukannya. Tepuk dada tanya selera bak kata orang. Di Bertam, homestay banyak, hotel pun ada. §

No comments: